Wednesday, June 30, 2010

Profail

Sejarah Sekolah

Sekolah ini mula dibuka untuk sesi persekolahan pada 7 Januari 2002 iaitu pada hari Isnin. Pada masa ini para pelajarnya hanya terdiri daripada pelajar tingkatan satu. Majlis pendaftaran bagi pelajar tingkatan satu telah diadakan pada 06 Januari 2002. Pengambilan pelajar tingkatan empat pula telah diadakan pada 25 Januari 2002.



Visi

Menjadi Sekolah Yang Cemerlang Dalam Semua Bidang Pendidikan Serta Melahirkan Pelajar Yang Mengamalkan Penghayatan Islam Demi Memenuhi Kehendak Agama, Masyarakat Dan Negara
Misi

Dalam jangkamasa 5 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera berperanan untuk menyediakan pendidikan berkualiti ke arah penghayatan Islam. Memaksimumkan potensi setiap pelajar dalam semua bidang pendidikan. Mengamalkan budaya kerja sepasukan. Menyediakan persekitaran yang kondusif demi merangsang perkembangan secara menyeluruh.
Piagam Pelanggan

Menyediakan pelbagai bentuk kemudahan untuk perkembangan potensi pelajar ke tahap yang optima dalam semua bidang pendidikan berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.

Kepada Pelajar

* Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
* Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang pendidikan.
* Membentuk sahsiah pelajar sebagai insan kamil dan bertakwa.

Kepada Staf

* Menyediakan suasana kerja yang selamat dan mesra.
* Memberi peluang yang luas untuk meningkatkan professionalisme staff.
* Mewujudkan hasil kerja yang berkualiti melalui kerja sepasukan.

Kepada Ibu Bapa dan Komuniti

* Sedia mewujudkan hubungan yang erat, berkesan dan aktif.
* Mewujudkan permuafakatan berprinsipkan kolaboratif, partisipatif dan ownership ke arah peningkatan kualiti pendidikan yang cemerlang.